4 Tanda Lelaki Sayangkan Anda Dalam Diam

4 Tanda Lelaki Sayangkan Anda Dalam Diam – Seperti kita tahu, lelaki sinonim dengan sifat ego tinggi, sombong dan taknak mengaku untuk meluahkan perasaan mereka pada orang yang mereka suka. Tetapi mereka meluahkan perasaan dengan cara menunjuk reaksi  apabila bersama anda dan mereka inginkan anda dapat hint yang mereka berikan.

4 Tanda Lelaki Sayangkan Anda Dalam Diam

Tetapi sifat wanita sering meragui tentang pasangannya. Dan mereka selalu berfikir bahawa lelaki ini tidak menyayangi mereka sedangkan lelaki sudah tunjukkan kasih sayang mereka pada si wanita.

SELALU BUAT AWAK BAHAGIA

Bila dah sayang seseorang itu, pasti kita tidak mahu melihat dia sedih dan kecewa apabila bersama dengan kita. Lelaki pasti berusaha untuk membuat anda bahagia dengan pelbagai cara dari segi berikan hadiah, membuat lawak, berikan kata-kata manis yang pasti boleh buat anda tersenyum.

CEMBURU APABILA ANDA BERSAMA LELAKI LAIN

Cemburu kan tanda sayang. Bila mereka nampak anda mesra dengan lelaki lain, itu boleh mendatangkan perasaan marah kepada mereka. Dalam pada masa yang sama, mereka boleh merasakan ada yang lain boleh membahagiakan anda berbanding diri nya.

HALANG ANDA DARIPADA PERKARA YANG TAK SEPATUTNYA

Ada beberapa perkara yang mungkin anda suka, tetapi perkara itu lelaki tidak suka. Dan mereka akan menghalang anda untuk buat perkara yang mereka tidak sukai. Kerana mereka tahu apa akibat dan kesan buruk jika anda lakukan perkara yang mereka tidak sukai. Kalau lelaki itu tidak halang untuk anda melakukan perkara yang tidak buruk maka lelaki itu tidak serius dengan anda.

AMBIL BERAT

Setiap pagi lelaki akan mengatakan kepada anda untuk menjalani hari yang baik, dan jangan lupa makan minum. Itu pun dah tanda lelaki ambil berat tentang anda. Mereka risau kalau orang yang mereka sayang ini jatuh sakit.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *