Bagi pasangan yang baru berkahwin, untuk mulakan kehidupan baru bukan mudah. Ada pelbagai perkara yang perlu difikirkan terutama ekonomi, kos untuk menyewa, perabot dan perbelanjaan harian. Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk tinggal sekali dengan ibu bapa atau mentua.
5 Sebab Perlu Belajar Hidup Berdikari Bersama Pasangan Selepas Berkahwin
Di sebalik kebaikan yang dilihat, terdapat pelbagai keburukan yang ada jika pasangan itu tinggal bersama keluarga. Jom lihat 5 sebab anda perlu berdikari selepas berkahwin.
Kurang privasi
Setiap pasangan yang berkahwin inginkan ruang privasi sendiri di dalam rumah.
Sebagai contoh jika berlaku salah faham dengan pasangan di rumah sendiri, akan ada ruang privasi untuk selesaikan masalah tapi jika anda tinggal serumah dengan ibu bapa, ruang privasi anda mungkin terhad.
Sukar membuat keputusan
Hal ini akan berlaku jika terdapat campur tangan dari orang lain untuk membuat sesuatu keputusan. Mungkin keputusan itu dapat memuaskan hati orang lain tapi tidak anda. Jika ianya berterusan, anda mungkin akan stress.
Isu aurat
Untuk yang beragama Islam, hal menjaga aurat tidak boleh diambil mudah. Suami perlu menjaga aurat isteri bila ada abang atau adik lelaki atau bukan mahram di rumah tersebut. Bila ini berlaku batas isteri akan terhad contoh isteri perlu memakai tudung dan menutup aurat sentiasa.
Tidak belajar berdikari
Bila sudah tinggal dengan ibu bapa segala bil dan perbelanjaan akan ditanggung oleh mereka. Justeru anda tidak dapat belajar sepenuhnya akan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan cabaran untuk kehidupan selepas perkahwinan.
Senang berlaku salah faham
Perkara ini akan berlaku jika ada diantara mereka yang salah faham akan maksud pandangan mata atau percakapan atau bahasa tubuh seseorang itu. Mungkin anda tidak maksudkan begitu tapi telah disalah erti oleh mereka. Ianya akan buat anda rasa tidak selesa.
Biarpun susah dan serba serbi kekurangan di awal perkahwinan, anda dan pasangan perlu melaluinya bersama – sama. Kerana ianya akan mengajar anda apa itu kehidupan setelah berumah tangga.
Biar pun telah tinggal berjauhan dari keluarga, namun tanggungjawab terhadap keluarga terutama kepada ibu bapa tidak boleh dilupakan. Selalu bertanya khabar dan jenguk mereka bila kelapangan. Tidak tinggal sekali bukan bermaksud anda tinggalkan keluarga anda.