7 Cara Move On Gaya Seorang Lelaki

7 Cara Move On Gaya Seorang Lelaki – Semua orang mungkin pernah merasakan “patah hati”, baik wanita ataupun lelaki. Putus cinta juga adalah salah satu pengalaman hidup yang tidak mudah bagi sesetengah orang.

7 Cara Move On Gaya Seorang Lelaki

Rasa sakit, kecewa dan pedih pasti semua akan dirasakan. Yang berbeza adalah cara kita mengendalikan rasa sakit itu. Jika anda gagal untuk mengawal diri, ia akan menyebabkan pelbagai kemungkinan buruk yang bakal terjadi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara yang berbeza untuk mengendalikan atau menghadapi patah hati.

Berdasarkan kajian, lelaki yang berjaya menghadapi cabaran patah hati dapat menjadi seorang lelaki yang lebih baik dari sebelumnya.

Bagi lelaki yang belum move on, jom baca tips move on gaya lelaki dalam artikel ini.

Berhenti berharap

Perkara paling penting perlu buat apabila patah hati adalah berhenti berharap. Selagi anda masih berharap, selagi itu anda tidak dapat melupakan sepenuhnya. Jangan terlalu meletakkan harapan setinggi gunung pada manusia, kelak ia akan mengecewakan anda.

Bak kata pepatah Guillaume Musso:- “You’ll stop hurting, when you stop hoping.”

Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah atau mencuba aktiviti baru. Contoh, anda boleh pergi beriadah. Selain dapat sibukkan diri dan lupakan perkaran yang berlaku,, anda juga dapat mengeluarkan peluh sekaligus menyihatkan tubuh badan. Bagi yang masih belajar, boleh sibukkan diri dengan menyertai acara yang disediakan oleh pihak kolej dan boleh juga belajar lebih waktu.

Fikir positif

Dengar macam mudah, kan? Tapi sebenarnya tidak semudah yang disangka. Belajar untuk positifkan minda dan diri anda. Ambil masa untuk berfikir secara rasional dan positif. Belajar dari semua yang telah berlaku. Belajar untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Percaya bahawa semua yang terjadi ada hikmah dan itu yang terbaik untuk anda dan si dia. Mungkin ada jodoh yang lebih baik untuk anda dan ada jodoh yang lebih baik buat si dia.

Luahkan pada yang dipercayai

Sekiranya, anda mengalami patah hati pastikan anda meluahkan segala rasa di hati pada kenalan yang dipercayai. Jangan biarkan perasaan sedih menyelubungi diri anda seorang. Boleh luah kepada orang yang anda percaya dan minta pendapat mereka.

Jangan stalk ex anda

Cara paling penting untuk move on dari patah hati adalah jangan pernah stalk ex anda.

Nak lebih mudah, anda digalakkan untuk “unfollow” & “block” ex anda. Padam semua yang berkaitan ex anda. Tabiat mengenangi semua masa lampau hanya akan mengakibatkan proses move on anda tergendala dan rasa lemah.

Mulakan hidup baru

Sama seperti yang lain, anda juga berhak untuk bahagia dan gembira. Mulakan langkah dan terus ke hadapan. Jangan pernah pandang ke belakang.

Semoga dengan perkongsian ini para lelaki dapat move on dengan jayanya tanpa rasa ragu!

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *