Nak Tahu Dialah Jodoh Lihat 4 Tanda Ini

Jodoh adalah sesuatu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia menjadi rahsia dan kita mungkin sering tertanya-tanya siapakah dan bagaimanakah caranya Allah menemukan diri kita dengan bakal jodoh yang telah di tetapkan-Nya.

Nak Tahu Dialah Jodoh Lihat 4 Tanda Ini

Walaupun Allah yang telah menetapkan seseorang itu adalah jodoh kita, tetapi usaha yang kita boleh lakukan adalah dengan mencari dan berikhtiar untuk mendapatkan jodoh yang bersesuaian dan serasi dengan diri kita.

Cumanya, kadangkala kita sendiri keliru dalam memilih sama ada betulkah si dia yang dipilih itu adalah jodoh kita ataupun sebaliknya.

Perkongsian artikel ini dapat membantu anda untuk mengetahui adakah si dia itu jodoh anda melalui 4 tanda ini.

1. Rasa keserasian apabila bersama dengannya

Tidak dinafikan, keserasian membina banyak persamaan dan persefahaman antara pasangan. Keserasian juga menjadi faktor sesetengah hubungan dalam rumah tangga mampu bertahan lama. Penerimaan pasangan bukan hanya jelas terlihat dari minat yang sama, namun ia jelas terlihat dari cara pemikiran yang sama.

2. Rasa selamat

Apabila anda bersamanya, anda rasa selamat dan seperti dilindungi. Perasaan ini hadir apabila pasangan menjaga diri anda dan menjaga batas pergaulan bersama anda, lantas membuatkan anda berasa selesa. Seorang wanita pastinya mengharapkan perkara ini apabila memilih calon suami.

3. Urusan dipermudahkan

Bukan disebabkan tiada ujian yang melanda sepanjang proses perkenalan, masih tetap ada ujian yang perlu dilalui. Namun, ujian tersebut dilalui dengan sangat mudah dan pastinya terdapat jalan penyelesaian.

4. Petunjuk istikharah

Ini adalah petanda yang sangat kuat yang menunjukkan si dia adalah jodoh yang ditetapkan dan disusun oleh Allah. Petunjuk istikharah ini tidak boleh berlandaskan mimpi sahaja, terdapat petunjuk lain seperti adanya dorongan kita untuk memilih si dia sebagai teman hidup. Seandainya ada petanda yang tidak baik sebagai tanda si dia bukan untuk kita, pastinya Allah menjauhkan si dia dari diri kita.

Semoga 4 tanda ini dapat membantu diri anda membuat keputusan dan yakin bahawa si dia adalah jodoh yang telah ditetapkan. Minta petunjuk sebaiknya daripada Dia yang menciptakan, insyaAllah tidak akan kecewa untuk kita dalam membuat keputusan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *