Mungkin ramai yang pertama kali mendengar tentang penderma apheresis ini. Menurut pelakon TV Azhan Rani, penderma darah plasma dipanggil sebagai penderma apheresis yang mempunyai kriteria tertentu dan hanya boleh dibuat di Pusat Darah Negara.
Penderma Apheresis Pertama Kali Dengar Selepas Perkongsian Pelakon Azhan Rani Ini
Menurut perkongsian yang di muat naik dari laman Instagramnya, Azhar Rani sangat bersyukur beliau dapat menjadi penderma darah buat kali ke-50.
“Alhamdulillah. Hari ni dengan izin Allah kembali menjadi penderma apheresis. Genap 50 kali untuk hari ini. Hampir setahun lepas kemalangan jalan raya Januari haritu direhatkan. 6 bulan lepas accident kena jadi penderma darah merah dulu. Rehat semula 3 bulan. Hari ini dapat semula jadi penderma apheresis. Lepas ni in shaallah boleh commit menderma selang 2 minggu.”- Azhan Rani.
Jangan terkejut ya, derma darah apheresis tidak sama seperti derma darah biasa dan prosesnya juga berbeza.
“Memang warna darah ni tak merah sebab dia adalah darah plasma. Dalam darah merah kita ada darah plasma dan platelet. Plasma dan platelet ni colour ni la. Nak ambil dia kena sedut seluruh darah merah tu Dulu guna machine tu. machine tu akan asingkan platelet dan plasma kemudian pulangkan semula darah merah dalam badan kita. Proses ni ada 5 cycle guna mesin ni lebih kurang 40 minit”, jelasnya.
Tambahan beliau lagi, oleh kerana terlalu ramai yang tanya dan berminat nak tahu mengenai penderma darah apheresis ini, beliau berkongsi bahawa perlu menjadi penderma darah merah terlebih dahulu selang 3 bulan dan perlu konsisten berturut-turut sebanyak 3 kali.
Kemudian, barulah boleh mohon untuk menjadi penderma apheresis ini. Selepas itu, penderma perlulah ada komitmen untuk menderma selang 2 minggu.
Azhan Rani juga mengajak orang ramai turut menjadi penderma bagi mereka yang sihat dan layak. “Jom yang sihat dan layak. Kita jadi penderma darah. Bantu orang lain dan bantu displinkan kesihatan sendiri kerana hanya yang benar-benar sihat akan mampu jadi penderma darah. in shaallah”.
Beliau turut memaklumkan untuk mendapatkan segala info lebih lanjut, lengkap dan lebih tepat boleh sahaja rujuk Instagram @pusatdarahnegara atau fb dan website Pusat Darah Negara.